Wanita Sabah Ini Dedah Ditawarkan Kerja Jadi Setiausaha Sekaligus Boleh Layan Nafsu Boss

20 Apr 2023 • 4:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Niatnya mahu mencari rezeki yang halal, malah diajak berduaan di bilik

Wanita Sabah Ini Dedah Ditawarkan Kerja Jadi Setiausaha Sekaligus Boleh Layan Nafsu Boss. Seorang wanita berkongsi kisah ‘seram’ mengenai seorang bos lelaki menawarkannya jawatan sebagai setiausaha sekaligus boleh menjadi teman ‘berduaannya’ di bilik.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di laman Facebook, wanita itu bahawa menyatakan ini adalah kisah paling seram semasa mencari pekerjaan. Niatnya mahu mencari kerja sebagai kerani, malah lain yang diminta oleh bos lelaki.

Walaupun wanita itu telah memaklumkan dia sudah berumah tangga, bos lelaki berkenaan tidak kisah dia sudah berkahwin atau tidak, sebaliknya mengajaknya berduaanya di dalam pejabat dan bilik.

image is not available
Sumber: Facebook

Bos akan merahsiakan perkara ini serta bagi ‘extra’ gaji

Bukan itu sahaja, bos lelaki itu berkeras untuk merahsiakan perkara ini, dan bos juga menawarkan pendapatan yang lebih besar jika wanita itu ingin bekerja sebagai setiausaha, yang juga merangkap skandal.

“Kamu okay kah kalau berdua dengan saya dalam office? Ada masa saya bawa kamu berduaan ya,” kata bos lelaki tersebut di dalam perbualan WhatsApp.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: Google

“Tiada masalah juga layan saya? Cuma layan saya dalam bilik, saya bagi gaji lebih juga kalau kamu layan, bukan setakat 2k sahaja,” ujar bos miang tersebut lagi.

Wanita bergelar isteri itu menolak permintaan ‘bos miang’

Bagaimanapun, wanita tersebut menolak permintaan ‘bos miang’ itu dan berkata, dia tidak kisah bekerja berduaan sebagai setiausaha, tetapi bukanlah sebagai skandal bos.

“Saya tak mahu lah bos, bos cari yang bujang saja, boleh bawa tinggal sama-sama terus,” balas wanita itu kepada bakal bosnya.

Baca juga kisah yang berkaitan: