Wanita sarat mengandung didakwa terima deposit awam tanpa lesen

26 Jul 2024 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang ahli perniagaan wanita, 30, didakwa atas tiga pertuduhan menerima deposit awam tanpa lesen sah membabitkan skim pelaburan emas bernilai lebih RM5 juta.

Norhafiza Abbas, yang sarat mengandung tujuh bulan, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rosli Ahmad, terhadap semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama, Norhafiza didakwa bersetuju menerima deposit awam tanpa lesen sah daripada orang ramai antara 30 Mei hingga 20 Julai 2023 di Lot No.B5, Tingkat 1, Pusat Komersil Gaya, Jalan Guru, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima deposit tanpa lesen sah melalui akaun Maybank di bawah nama Abbas Family Enterprise dan akaun simpanan Maybank milliknya di Jalan Mahkamah, Kompleks Fajar, antara 21 Mei hingga 17 Jun 2023.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Untuk pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima deposit haram menerusi akaun Public Bank milik Zerina Collection dan akaun bank Zerina Collection Sdn Bhd, di Public Islamic Bank, Kompleks Fajar, antara 23 Mei hingga 14 Julai 2023.

Kesalahan di bawah Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) Akta sama itu membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Norhafiza dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM10, 000 bagi setiap pertuduhan serta dua orang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah juga memerintahkan Norhafiza melapor diri sebulan sekali kepada pegawai penyiasat kes, menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah, jika ada, tidak mengganggu saksi pendakwaan dan hadir di mahkamah setiap kali sebutan kes.

Terdahulu, Norhafiza yang tidak diwakili, memohon dibenarkan untuk diikat jamin kerana sedang mengandung tujuh bulan dan mempunyai tiga anak kecil di rumah.

“Saya hanya mahukan perkara yang baik untuk anak-anak saya,”katanya.

Dia mendakwa, dia juga tidak mampu membayar wang jaminan terlalu tinggi kerana dia dan suami tidak bekerja, malah akaun bank miliknya masih dibekukan ekoran kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syahnidzam Ahmad mencadangkan ikat jamin RM10,000 serta dua orang penjamin tempatan untuk setiap pertuduhan serta beberapa syarat tambahan dikenakan ke atas Norhafiza.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.