Wanita Selamba Isi Diesel Pada Proton X50 Undang Reaksi Netizen

19 Dec 2023 • 9:07 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tular video wanita isi minyak diesel pada Proton X50

Wanita Selamba Isi Diesel Pada Proton X50 Undang Reaksi Netizen. Ini adalah fakta yang diketahui ramai bahawa diesel tidak sesuai untuk kenderaan biasa seperti kereta dan motosikal.

Tetapi, rupanya masih ada orang yang tidak tahu mengenai perkara ini.

Sebuah video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan seorang wanita mengisi diesel ke dalam Proton X50nya dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

image is not available
Wanita Selamba Isi Diesel Pada Proton X50 Undang Reaksi Netizen. Sumber: Facebook

Pemilik kenderaan dengan plat QS yang difahamkan dari Sibu itu dilihat dengan yakinnya mengisi minyak sambil matanya melihat skrin yang memaparkan jumlah dan kuantiti isian di mesin pam.

Difahamkan, video tersebut dirakam oleh seorang individu lain sebelum ditularkan di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.

Namun, majoriti netizen mempersoal tindakan individu terbabit yang hanya merakam dan menularkan video daripada membantu wanita berkenaan dengan memberitahunya tentang kesalahan tersebut.

Ini jelas mereka mungkin dapat membantu mengurangkan kesan kerosakan terhadap kereta SUV Segmen B itu.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/tahanan-aksi-spiderman-ditangkap-kota-kinabalu/

https://www.iloveborneo.my/heroin-e-sport-sarawak-kejohanan-dota-dunia/

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved