
RANAU: Seorang wanita tempatan berusia 18 tahun menjadi mangsa pertama ketika mendaki Gunung Kinabalu tahun ini selepas dia cedera di kaki di sini, Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kilometer 2.5 denai mendaki Gunung Kinabalu, kira-kira jam 3.35 petang.
“Kami menerima panggilan melalui talian stesen dan sepasukan enam anggota pasukan mencari dan menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu diketuai Pegawai Operasi, PBB Feranideh Medi bergegas ke lokasi kejadian. Turut terlibat ialah seorang malim gunung dan dua renjer Taman-Taman Sabah.
“Apabila pasukan tiba di lokasi yang terletak tiga kilometer dari pos Mosar, kami mendapati terdapat mangsa terseliuh kaki kiri ketika menuruni gunung dan tidak dapat meneruskan perjalanan turun.
SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Anggota penyelamat memeriksa kecederaan mangsa, kemudian pasukan Mosar bersama Malim Gunung dan renjer itu membawa mangsa turun menggunakan Robinson Stretcher ke Timpohon Gate,” katanya.
Menurut Ridwan, sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa diserahkan kepada ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Ranau dan operasi tamat jam 5.40 petang.
Sementara itu, katanya, tahun lalu Mosar merekodkan hampir 50 kes sepanjang tahun membabitkan penyakit dan kecederaan kepada pendaki di Gunung Kinabalu.
Pada Januari, dua pendaki pada Februari (5), Mac (8), April (5), Mei (3), Jun (3), Julai (5), Ogos (4), September (3), Oktober (1), November (8) dan Disember dua mangsa mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

