Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Gangguan haiwan liar seperti anjing atau monyet sememangnya boleh mendatangkan rasa takut kepada kebanyakan individu.
Lebih teruk, situasi sebegini boleh mendatangkan rasa panik dan kegelisahan (anxiety) buat segelintir mereka yang terpaksa berhadapan perkara sama hampir setiap hari.
Tempat Kerja Diserang Monyet Liar, Wanita Dakwa Burn Out Diserang Haiwan Liar
Semalam (4 Oktober), tular di media sosial luahan seorang wanita mengenai gangguan monyet liar di tempat kerjanya yang merupakan sebuah sekolah.
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Maizurah dalam satu hantaran di Threads, @m4izurah dia buntu dalam mencari penyelesaian gangguan haiwan berkenaan.
Apa yang lebih menjadi perhatian adalah gangguan haiwan terbabit menyebabkan dia mengalami burn out iaitu keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal disebabkan tekanan berlebihan yang berpanjangan.
“Sampai satu tahapkan aku dah penat sangat. Kita kerja tapi burn out pasal binatang liar yang orang kata tiada jalan penyelesaian, macam mana nak lagi buat?” katanya menangis.
Wanita Dakwa Pernah Diserang Sehingga Dapat Cuti Sakit Seminggu
Dakwa Maizurah, dia juga pernah diserang oleh haiwan berkenaan sehingga jatuh dari bukit setinggi empat meter dan mendapat cuti sakit (MC) selama seminggu.
Malah, dia juga mendakwa telah membuat aduan mengenai serangan haiwan terbabit sebelum ini.
“Tahun lepas, pernah kena serang waktu tengah clock-in. Jatuh bukit sampai bergolek, ambulans datang, dapat MC sampai satu minggu.
“Tetapi macam tak ada nak ambil berat benda ni, bukan sekali dua buat aduan, dah banyak kali.
“End up, kau memang burn out pasal binatang liar ni je yang ancam nyawa kau. Kau pula duduk open space (ruang terbuka), sampai orang kata nyawa di hujung tanduk je. Bila-bila masa binatang ni boleh serang kau,” katanya.
Maizurah turut merayu kepada orang ramai agar membantunya mencari jalan penyelesaian dan solusi bagi menangani isu terbabit.
“Tolonglah suggestkan apa lagi solusi yang boleh buat nak selesaikan isu ni. Pihak berwajib? Dah pernah report Perhilitan tetapi sama je.
“Sumpah aku burnout, anxiety & panic attack bila dia start ancam. Aku harapkan benda ini ada jalan penyelesaian,” tulisnya di kapsyen.
Wanita Dakwa Dah Pernah Guna Mercun & Patung, Barangan Peribadi Turut Dilarikan
Dakwa wanita itu lagi, pihaknya juga telah menggunakan pelbagai cara untuk menghalau haiwan liar berkenaan antaranya menggunakan mercun, lastik dan patung.
Namun semua itu langsung tidak membantu menyelesaikan masalah haiwan liar terbabit.
“Mercun. mercun bola dah banyak sangat sangat guna untuk halau tetapi ada jenis tak takut. Sekolah ni kawasan taman kita risau ganggu kejiranan bila kerap guna mercun.
“Lastik, ada yang jenis takut tapi banyak yang ungkal. Jenis yang akan sergah kita balik. Patung, pernah letak tapi patung tu pun habis dia bawak lari. Jangan kata patung, baju & segala barang mandi pelajar habis di kerjakannya,” tulis wanita berkenaan.
Bukan itu sahaja, beg kerja miliknya yang mengandungi barangan peribadi seperti dompet, kad pengenalan dan kad bank juga pernah diselongkar oleh haiwan berkenaan.
Walau bagaimanapun, tiada butiran mengenai lokasi tempat kerja Maizurah yang dikongsikan pada hantaran berkenaan.
View on Threads
Perkongsian Video Bukan Untuk Burukkan Mana-Mana Pihak, Sebaliknya Mahu Cari Jalan Penyelesaian
Malah, dia juga telah memaklumkan kepada majikan dan juga pihak sekolah berhubung isu terbabit.
Jelas Maizurah, perkongsiannya itu bukanlah bertujuan untuk memburukkan mana-mana pihak.
Namun sebaliknya mahu mencari jalan penyelesaian mengenai isu yang telah lama dihadapinya itu.
Menerusi hantaran sama, Maizurah turut berkongsi beberapa video yang memaparkan kedatangan haiwan berkenaan.
View on Threads
Warganet Zahir Rasa Simpati, Ramai Turut Berkongsi Jalan Penyelesaian
Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersimpati serta memahami situasi yang dihadapi oleh wanita berkenaan.
Malah, majoriti daripada mereka turut berkongsi jalan penyelesaian antaranya seperti meletakkan dawai besi di sekliling kawasan atau gambar haiwan lain seperti harimau bagi menakutkan monyet berkenaan.
Bukan itu sahaja, ramai yang turut berkongsi pengalaman sama turut berdepan dengan masalah monyet liar.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Saya Kongsi Pengalaman Saya. Dulu Pun Sekolah Saya Banyak Monyet, Saya Saya Ingat, Sekolah Ada Buat 2 Benda, Pasang Dawai Elektrik Keliling Sekolah, Sediakan Sangkar Supaya Monyet Boleh Masuk Tetapi Tak Boleh Keluar
![Image from: Wanita Stres Kerap Diganggu Monyet Liar Di Tempat Kerja Sehingga Burn Out Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/serangan-monyet-liar_netizen_1.jpg)
“Sama La Macam Adik Saya Kena Dekat Sekolah Dia, Monyet Jahat”
![Image from: Wanita Stres Kerap Diganggu Monyet Liar Di Tempat Kerja Sehingga Burn Out Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/serangan-monyet-liar_netizen_3.jpg)
“Sis, Saya Berulang Kali Call Perhilitan, Sekolah Saya Beruk Yang Ganas Masuk, Siap Kejar Guru, Masa Kejar, Guru Telefon 999, Lepas 2 Beruk Lari, Sampai Pun Diorang, Perhilitan Hantar Perangkap”
![Image from: Wanita Stres Kerap Diganggu Monyet Liar Di Tempat Kerja Sehingga Burn Out Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/serangan-monyet-liar_netizen_5.jpg)
“Gantung Banner Gambar Harimau, Emak Saya Sidai Dekat Pagar Terus Benda Ini Tak De Datang Dah”
![Image from: Wanita Stres Kerap Diganggu Monyet Liar Di Tempat Kerja Sehingga Burn Out Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/serangan-monyet-liar_netizen_6.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Yang Suka Bercucuk Tanam Perlu Tahu! Ini 10 Cara Halau Monyet Dari Kebun
Baca Artikel Berkaitan: Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]
