
Tenom: Seorang orang wanita dipatuk ular tedung berbisa semasa menaiki troli motosikal dalam perjalanan dari Kampung Rayoh ke Tenom pada Isnin.
Kejadian berlaku di landasan keretapi antara Rayoh ke Pangi semasa mangsa bersama keluarga menaiki troli motosikal menuju ke pekan Tenom.
AdvertisementTiba di tempat kejadian dalam keadaan troli motosikal yang mereka naiki bergerak tiba-tiba ular tedung mematuk sekali betis mangsa.
Menurut ahli keluarga mangsa, ular tedung berbisa itu terus mematuk untuk kedua kali tetapi dengan pantas mangsa menangkap dan mencekak kepala ular tedung yang kemudiannya di sambut oleh rakan mangsa dan membunuhnya.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more VIDEO WANITA TENOM DIPATUK ULAR DI BAWAH
