Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bila sebut tentang pekerja restoran atau premis perniagaan, ada sahaja luahan pelanggan yang tidak puas hati dengan servis diterima.
Namun sebenarnya, masih ramai lagi pekerja yang baik hati serta sanggup melayan permintaan pelanggan.
Wanita Terharu Staf Secret Recipe Penuhi Permintaan, Buat Dekorasi Walau Hanya Beli Sepotong Kek
Baru-baru ini, tular di media sosial hantaran seorang wanita yang menzahirkan penghargaan kepada seorang kakitangan Secret Recipe kerana sanggup melayan permintaannya.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @nurul.syahirahh, wanita yang bernama Syahirah menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada staf dari cawangan Secret Recipe di Giant Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Jelas Syahirah, staf yang bernama Nurin itu sanggup memenuhi permintaannya menghias sepotong kek semata-mata mahu menggembirakan anak lelakinya, Hadif.
“Terima kasih staf Secret Recipe Giant Seksyen 13, Shah Alam. Merealisasikan permintaan anak saya walaupun kek satu potong sahaja,” tulisnya.
Kek Dihiasi Dengan Hiasan Dinosaur, Siap Bagi Free Hiasan Berkenaan
Menerusi imej yang dikongsikan, dapat dilihat pinggan yang mempunyai sepotong kek Chocolate Indulgence dihiasi dengan lukisan pokok, rumput, belon dan dinosaur berwarna oren.
Malah, terdapat tambahan dua jenis mainan dinosaur berwarna oren turut diletakkan pada pinggan berkenaan.
Melalui perkongsian sama, dapat dilihat Hadif yang berusia setahun enam bulan serta merupakan peminat dinosaur berasa teruja melihat dekorasi tersebut.
Malah, kelihatan tangan kecilnya memberikan dinosaur tersebut ‘menikmati’ kek berkenaan.

Tahu Bakat Pekerja Staf Secret Recipe Dari Media Sosial, Hantar Mesej Peribadi Terlebih Dahulu
Kongsi Syahirah kepada BuzzKini, dia sebenarnya mengetahui kemahiran staf Secret Recipe berkenaan yang pandai menghias kek dari media sosial.
Jelasnya, dia telah memaklumkan hasratnya terlebih dahulu kepada pekerja terbabit menerusi hantaran mesej peribadi (DM).
“Sebelum saya datang, saya maklumkan dulu kepada staf tersebut, (tanya dia) bila free dan boleh buat ke?
“Staf respon sangat cepat. Dia baik hati dan mahu buatkan hiasan tanpa kenakan sebarang caj,” kongsinya.
Kongsi Syahirah lagi, dia sendiri turut terkejut melihat hiasan tersebut kerana pada mulanya hanya menyangka mendapat lukisan semata-mata.
“Saya terkejut apabila kek sampai, saya ingat dia lukis sahaja, sekali dapat percuma dua ekor dinosaur, siap boleh bawa balik,” kongsinya.
Tambah Syahirah, pembelian kek itu hanyalah sekadar mahu menggembirakan anaknya dan bukan untuk menyambut ulang tahun kelahiran si cilik itu.
View on Threads
Staf Secret Recipe Turut Zahirkan Penghargaan
Menerusi balasan komen, dapat dilihat seorang individu dipercayai staf Secret Recipe terbabit menzahirkan ucapan terima kasih atas penghargaan terbabit.
“Hi Miss Syahirah. Terima kasih juga buatkan senyuman saya naik sampai ke telinga.
“Terima kasih sebab suka dengan hasil tangan saya semoga miss sekeluarga dipermudahkan segala urusan aamin,” tulisnya.

Warganet Puji Hasil Air Tangan Staf Secret Recipe, Turut Kongsi Hiasan Yang Dilakukan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 100,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji keperibadian kakitangan Secret Recipe yang sanggup melayan permintaan kecil pelanggan.
Malah, ada warganet yang turut berkongsi hasil air tangan daripada staf berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa ‘geram’ melihat senyuman si comel yang gembira dengan hiasan kek terbabit.
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Love Kan? Ini Pun Dari Secret Recipe Giant Seksyen 13, Saya Datang Dah Malam, Jadi Whole Cake Yang Saya Nak Tak Ada, Saya Minta Buat Macam Ini”

“Staf Yang Sama Deco Dekat Secret Recipe Giant Seksyen 13, Terima Kasih Nurin Athirah”

“Ya Allah, Menarik! Semoga Staf Tu Sentiasa Murah Rezeki & Dipermudahkan Urusan Asbab Ceriakan Anak Kecil”

“Secret Recipe Patut Bagi Reward Staf Bagus Macam Ni”

“Comelnya! Yang Last Tu Dia Bagi Dino Makan Kek Ye, Pandai”

“Comel Je Baby Tengok Kek Dia Dengan Muka Senyum”

Baca Artikel Berkaitan: Staf Restoran Selamatkan Wanita Dari Jadi Mangsa Lelaki ‘Berniat Jahat’ Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tertumpah Air Dapat Seluar Baharu, Lelaki Puji Servis Terbaik Oriental Kopi Selesaikan Isu Pelanggan

