Wanita Terkejut Jumpa Objek Pelik Dipercayai ‘Jenglot’, Tersorok Dalam Kereta

Entertainment
22 Apr 2024 • 4:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui perbuatan sihir, santau dan sebagainya jelas sekali melanggar hukum agama kerana telah menyekutukan Allah.

Pun begitu, kalau dalam hati seseorang itu ada sifat dengki, tidak hairan jika perbuatan terkutuk ini masih lagi diamalkan oleh sesetengah individu untuk menghancurkan kehidupan orang lain.

Kali kedua jadi, last kena bulan 3

Satu video perkongsian oleh @ainakecik2 di TikTok, mendakwa dirinya terjumpa satu objek pelik yang tersorok di bahagian belakang tempat duduk kereta. Difahamkan, objek itu merupakan barangan sihir yang kelihatan seperti ‘jenglot’.

‘Jenglot’ merupakan patung kecil yang mempunyai rambut panjang dan ia digunakan oleh tuannya untuk tujuan ilmu hitam.

Kata Aina, ini merupakan kali kedua dia ‘terkena’ gangguan sebegitu namun reda dengan apa yang terjadi.

Baru 3 bulan lepas kena.. kali kedua kena. Ya Allah kalau betul ni takdir aku atau ujian hamba-Mu. Aku terima segala ujian-Mu.

Menurut Aina, dia turut mengalami sakit kepala yang tidak sembuh walaupun sudah sebulan pergi mendapatkan rawatan doktor di klinik. Selain itu, dia juga diganggu ketika sedang tidur pada siang hari.

image is not available

Jumpa lepas berubat, mungkin orang dengki

Di ruangan balas dalam hantaran itu, Aina menjawab beberapa soalan daripada netizen. Dia berkata makhluk itu dijumpai di dalam kereta selepas dia pergi mendapatkan rawatan Islam.

image is not available

Aina juga mendakwa kejadian aneh seperti itu semakin menjadi-jadi semenjak dia membeli kereta baharu.

image is not available

Allahu.. moga dipermudahkan urusan.. harap dijauhkan dari sifat dengki manusia

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.