Wanita Terkilan Laluan Pejalan Kaki Tak Mesra ’Stroller’ Bayi, Ditutup Dengan Banyak Tiang Sampai Undang Persoalan

Entertainment
15 Aug 2022 • 3:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi kebiasaan kepada para ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak pada hujung minggu kerana waktu tersebut hanyalah satu-satunya waktu yang lapang untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak.

Antara aktiviti yang selalu dilakukan oleh para ibu bapa di Malaysia seperti melancong ke negeri lain, membeli-belah, makan di restoran dan juga bersiar-siar di kawasan yang berdekatan dengan kawasan perumahan.

Namun, baru-baru ini tular di media sosial mengenai pengalaman seorang wanita yang menghadapi kesukaran semasa membawa anaknya bersiar-siar di ibu kota Kuala Lumpur.

Laluan pejalan kaki tak mesra ‘stroller’ bayi

Hantaran tersebut telah dikongsi di laman Twitter Emma Yuliyana (@EmmayuliYana) yang bercerita pengalamannya menghadapi kesukaran di sebuah laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia meluahkan rasa terkilan apabila dia terpaksa struggle untuk mengeluarkan stroller anaknya daripada tiang-tiang yang menghalang laluan pejalan jalan kaki tersebut.

“Kesusahan untuk saya menolak anak saya yang di dalam stroller di sebuah laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur.”

Undang persoalan kenapa banyak sangat tiang diletakkan

“Saya tak tahu kenapa DBKL pasang tiang tu banyak sangat sampai menghalang laluan jalan.”

“Saya tertanya-tanya macam mana la sekiranya ia berlaku kepada orang kurang upaya. Boleh ke awak bayangkan?

Raih perhatian netizen, ada yang kata sebab taknak bagi motor lalu

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen dimana rata-rata daripada mereka turut menyokong kenyataannya dan minta untuk PBT membuat pemulihan terhadap perkara tersebut.

Ada juga yang menerangkan bahawa tiang tersebut dipasang untuk mengelakkan penunggang motosikal daripada melalui laluan pejalan kaki tersebut.

image is not available

image is not available

image is not available

Bagi min, mentaliti itu paling penting untuk mendapat situasi win-win antara pejalan kaki dan pengguna motosikal. Semoga kita mampu mengubah perkara tersebut dan memberikan kesenangan kepada pihak yang mengalami kesukaran.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.