Wanita terperangkap banjir kilat, kereta tenggelam hingga bumbung

4 Jun 2023 • 2:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang wanita terselamat selepas terperangkap kira-kira lima minit dalam keretanya yang tenggelam hampir mencecah paras bumbung, akibat banjir kilat di Taman Perindustrian Meru, Klang pagi tadi.

Kejadian itu disedari orang awam sebelum mereka membantunya keluar dari kenderaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.44 pagi.

Katanya, mereka kemudiannya menghantar sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang yang bergegas ke lokasi.

SPONSORED CONTENT Damar Residence coming up soon PAPAR: Those who love nature and a healthy lifestyle should consider Damar Residence, in Lok Kawi. Read more “Bomba menerima maklumat berlaku limpahan air di lokasi itu pada kedalaman anggaran 1.3 meter yang mana terdapat sebuah kenderaan terperangkap di kawasan banjir kilat berkenaan.

“Didapati sebuah kereta jenis Perodua Aruz yang dipandu seorang wanita berumur 57 tahun tersekat di dalam limpahan air itu.

“Pemandu wanita berkenaan berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam, sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya ketika dihubungi, menurut Berita Harian.

Mohamadul Ehsan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia dipercayai terperangkap kira-kira lima minit sebelum kenderaannya tenggelam.

“Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan banjir kilat sudahpun surut,” katanya.

Terdahulu, beberapa kawasan sekitar Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak awal pagi tadi.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.