7 Pekerja Institut Memandu Terperangkap Banjir

4 Jun 2023 • 2:56 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pasukan bomba telah berjaya memindahkan tujuh pekerja institut memandu di Jalan Kuala Selangor, Ijok, dekat sini yang terperangkap kira-kira 30 minit dalam banjir hari ini. - Gambar ihsan Bomba

SHAH ALAM - Tujuh pekerja sebuah institut memandu di Jalan Kuala Selangor, Ijok, dekat sini terperangkap kira-kira 30 minit dalam banjir hari ini.

Pengarah Bomba Selangor Wan Md Razali Wan Ismail dalam kenyataan berkata kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat selamat dijalankan menggunakan bot fiber. 

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.02 pagi untuk menyelamatkan kesemua mangsa berusia 18 hingga 55 tahun yang terperangkap.

Katanya lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya digerakkan ke tempat kejadian dan dianggarkan kedalaman air sekitar satu meter.

“Semasa kejadian semua mangsa sedang bekerja dan mereka terperangkap dalam pejabat institut memandu itu selepas air memasuki kawasan berkenaan dan masih lagi bergenang di sekitar lokasi kejadian,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved