Wanita tersepit kereta terbabas langgar pembahagi jalan

LocalCars
7 Aug 2025 • 8:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

SHAH ALAM – Seorang wanita cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 5.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) pada Khamis.

Dalam kejadian di arah selatan menghala ke Bandar Setia Alam itu, mangsa dipercayai tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kenderaannya hilang kawalan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.48 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi.

"Seramai enam anggota bersama jentera bomba dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 5.56 petang, didapati sebuah kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia 21 tahun dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, mangsa ditemui tersepit di bahagian pemandu dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 6.30 petang.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved