Wanita Tersipu Malu Di Pelamin Tengok Ex-BF Jadi Menantu

Entertainment
11 Oct 2022 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari perkahwinan yang sepatutnya jadi hari yang meriah tiba-tiba menjadi ‘awkward’ seketika buat satu keluarga dari Shandong, China ini

Boleh dikatakan kisah majlis perkahwinan keluarga ini agak unik, mana tidaknya si ibu ini terkejut bila dapat tahu bahawa pengantin lelaki yang bakal mengahwini anaknya itu rupanya bekas teman lelakinya, lapor suara.com.

 

Bekas teman lelaki jadi menantu

Foto itu tular dan ia memaparkan bahawa kedua mempelai itu sedang melakukan upacara adat (majlis bernikah/lafaz akad) sebelum menawarkan teh kepada orang tua dan berikan hadiah kepada pengantin.

Biasanya orang tua akan memberikan sampul (ang pow) berwarna merah berisi wang untuk diberikan kepada mempelai untuk memberkati pernikahan anak-anak mereka.

Pasangan mempelai yang mengenakan busana merah tradisional Cina yang elegen itu bersujud dan si menantu yang tersipu malu berada betul-betul dihadapan ibu mertuanya.

image is not available

Sambil merenung, si ibu mertua tiba-tiba tersipu-tipu malu sampai ambil ang pow merah di atas meja untuk tutup mukanya sampailah pengantin beransur pergi.

Atas tindakan itu, baru tahu yang sebenarnya menantunya (pengantin lelaki) adalah bekas teman lelakinya.

Mereka sebelum ini bercinta dan putus untuk bawa haluan masing-masing, si wanita (ibu mertua) telah berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih tua daripadanya dan secara tak langsung menjadi ibu tiri kepada pengantin wanita.

Tapi sungguh tak diduga, bak kata orang, dunia ini kecil, pusing-pusing ke situ juga. Nak dipendekkan cerita, si teman lelaki (menantu) temui cinta baru dan tidak sangka bahawa ia adalah anak tiri kepada bekas teman wanitanya.

Mendapat perhatian netizen, ramai yang anggap kisah percintaan mereka ini macam kisah dalam drama TV, bahkan ada juga berharap agar kes ‘cinta bersemi kembali’ tidak akan terjadi dalam keluarga ini.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.