
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 26 tahun dari Thailand didenda RM800 atau penjara dua minggu kerana melanggar syarat pas lawatan sosialnya.
Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu kepada Suttita Papol yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya.
Suttita telah melanggar syarat pas itu dengan bekerja sebagai tukang urut di Beaufort, sedangkan pas itu hanya menyatakan dan membenarkan dia bekerja di Labuan.
Dia melakukan kesalahan itu pada 3.45 petang 10 Mei tahun ini di pusat urut Sabye Wellness & Reflexology di Beaufort Sentral, Beaufort.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Chin Tze Mee dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan, sementara peguam Korventt Wheezar E Jomiji mewakili Suttita.
Di mahkamah lain, seorang lelaki berusia 48 tahun dipenjara lima tahun dan dikenakan satu sebatan kerana mengambil syabu secara berulang.
Ambrose Peter Ragut mengaku di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, kepada pertuduhan terhadapnya.
Dia didapati mengambil dadah itu pada 20 Feb lepas selepas air kencingnya didapati positif dadah di balai polis di sini.
Ambrose mempunyai dua rekod sabitan untuk kesalahan mengambil dadah.
Selepas hukuman penjaranya tamat, mahkamah memerintahkan dia diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
