Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini

30 May 2023 • 10:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lawatan istimewa ke Muzium Sejarah Cina secara percuma untuk orang ramai

Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini. Buat anda yang tertanya-tanya mengenai kewujudan bangunan merah jambu di tengah-tengah Waterfront Kuching, inilah masa yang sesuai untuk anda explore apa sebenarnya disebalik bangunan pink ini?

Bangunan tersebut merupakan sebuah muzium yang dikenali sebagai Muzium Sejarah Cina.

Muzium ini telah pun dibina pada tahun 1912 dan pada awalnya bangunan ini digunakan sebagai mahkamah yang dikhaskan untuk kaum Cina sehingga tahun 1921.

image is not available
Muzium Sejarah Cina Tawar Kemasukan Percuma Untuk Orang Ramai Bermula Hari Ini. Kredit: Google

Muzium ini menyimpan pelbagai bukti berkaitan sejarah masyarakat Cina sejak zaman pemerintahan Raja Putih.

Terletak di pusat bandar Kuching di Jalan Main Bazaar, muzium ini adalah tempat yang kaya dengan artifak yang memperlihatkan warisan dan tradisi masyarakat Cina.

Berita baik untuk orang ramai, Jabatan Muzium Sarawak akan membuka semula Muzium Sejarah Cina kepada umum bermula hari ini.

image is not available

Sempena musim cuti sekolah ini, apa kata anda bawa anak-anak anda untuk berkunjung ke sini.

Salah satu pameran yang paling popular di Muzium Sejarah Cina ialah pameran artifak yang rare dan jarang dilihat di mana-mana. Pengunjung juga dapat melihat koleksi besar vas tembikar antik, tempayan dan pelbagai lagi artifak lain.

Bahkan pengunjung juga akan ‘dihidangkan’ dengan sejarah-sejarah menarik masyarakat Cina Hokkien, Kantonis, Teochew dan banyak lagi.

image is not available

Memandangkan muzium ini jarang dibuka untuk orang ramai, apa kata anda rebut peluang ini. Jangan lupa potraitkan kenangan anda di sini untuk kenangan masa hadapan!

Waktu operasi:

Isnin hingga jumaat dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang

Sabtu, ahad dan cuti umum dari jam 10 pagi hingga hingga 4 petang

Baca lagi artikel menarik: