
Kota Kinabalu: Seorang wanita warga Vietnam berusia 20 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana menikam seorang wanita Vietnam lain.
Thi Thanh Thuy Nguyen mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.
Kejadian berlaku pada 4 Oktober kira-kira jam 6.30 pagi di lobi Kondominium Alam Damai, Luyang.
Kesalahan itu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara sehingga 10 tahun, denda, sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman tersebut jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Akash Singh memaklumkan mahkamah bahawa mangsa Thi Ngoc Anh Kuong mengalami luka tikaman di bahagian belakang dan betis dan telah menerima rawatan di hospital tempatan.
Nguyen yang kelihatan sebak memohon maaf dan merayu hukuman ringan.
Pendakwa bagaimanapun memohon hukuman berbentuk pengajaran memandangkan kesalahan itu serius dan melibatkan penggunaan senjata berbahaya.
Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tangkapannya.



