Wanita wakaf tunai RM19,000 untuk jariah ahli keluarga

9 Jun 2024 • 1:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 9 JUN: Seorang wanita mewakafkan harta berjumlah RM19,000 kepada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) untuk diniatkan kepada ahli keluarganya yang meninggal dunia.

Norlela Kamaluddin hadir ke pejabat PWS baru-baru ini ditemani suami bagi menyerahkan wakaf wang tunai kepada Pengurus Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafiz bin Bahari.

“Semoga ibadah wakaf yang dilaksanakan menjadikan jariah pahala yang berpanjangan sehingga yaumulakhirah,” menurut perbadanan itu di Facebook pada 5 Jun.

PWS turut menyeru orang ramai melaksanakan wakaf tunai secara dalam talian melalui pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my atau infaqpay.my/go/wakafselangor.

Merujuk statistik dikongsikan PWS di laman webnya, sebanyak RM443.39 juta wakaf tunai dikutip pada 2022, meningkat RM65.05 juta berbanding tahun sebelumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved