‘Muka gangster’ Muhammad Mikhael Sathayah naik pelamin, tema merah jambu jadi perhatian. ‘Saya terima nikahnya Murni Azwa…’

15 May 2024 • 10:47 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SELAMAT pengantin baharu buat pempengaruh dikenali sebagai Muka Gangster, Muhammad Mikhael Sathayah yang selamat diijab kabul dengan wanita pilihan, Murni Azwa Dahalan.

Dengan sekali lafaz, Muhammad Mikhael selamat bergelar suami dan menyerahkan mas kahwin RM5,000 tunai kepada pengantin perempuan.

image is not available

“Muka gangster kahwin, syukur Alhamdulillah,” titipnya.

Usai akad nikah, Muhammad Mikhael, 40, dan isteri yang segak memakai baju Melayu serba putih bersalaman memohon restu daripada ibu dan mentua.

image is not available

Majlis akad nikah pada 12 Mei di sebuah dewan acara di Meru Heights, Ipoh itu kemudian disusuli dengan majlis resepsi yang menyaksikan pasangan mempelai menggayakan persalinan songket merah jambu menjadi perhatian warganet.

image is not available
Kredit foto: Arkadia Event Place

image is not available
Kredit foto: Arkadia Event Place

Dalam majlis resepsi berlangsung Muhammad Mikhael yang merupakan saudara baharu diraikan oleh keluarga kedua belah pihak dengan acara memotong kek dan makan beradab.

image is not available
Kredit foto: Arkadia Event Place

image is not available
Kredit foto: Arkadia Event Place

Turut hadir ialah Tiktoker Masitah Mohd Afandy dan suami serta aktivis masyarakat, Ebit Lew.

Pempengaruh yang memiliki lebih 550,000 pengikut itu terdahulu menghantar rombongan merisik Murni Azwa pada Disember 2023.

image is not available
Kredit foto: Arkadia Event Place

Perkahwinannya disambut gembira warga maya dan sememangnya dinantikan.

Rata-rata menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan Muhammad Mikhael dan isteri berbahagia sehingga ke akhir hayat. Ujar mereka;

“Alhamdulillah, tahniah Mikhael dan isteri moga berbahagia sehingga ke syurga. Beruntung isteri abang kerana bersuamikan lelaki yang menghormati ibu, sudah tentu pasangan tidak dibiarkan,” konghi My Th.

“Tahniah bro. Ini first time tengok warna merah jambu nampak garang. Semoga bahagia hingga ke jannah,” tulis I am Capik.

“Alhamdulillah. Selamat pengantin baharu buat Abang Mikhael dan isteri. Smoga kekal ke anak cucu dan jannah,” ujar Burn It Downz.

Muhammad Mikhael terdahulu tular dengan imej berjambang dan bersinglet berkongsi kisahnya memeluk agama Islam pada 20 September 2018.

image is not available

Memiliki hubungan yang rapat dengan ibu hinggakan diberikan jolokan ‘anak emak’, penghijrahannya sebagai saudara baharu tidak merenggangkan hubungan mereka anak-beranak.

Biarpun berlainan agama, ibunya menemani dan sanggup menunggu di luar masjid sementara Muhammad Mikhael menunaikan solat.

Susulan keputusan itu, wanita itu menerima kecaman daripada pelbagai pihak. Namun kasih sayang terjalin semakin erat selepas Mikhael mengambil keputusan membeli kediaman bersebelahan dengan rumah ibunya.

Biarpun berimej gengster, uniknya hiasan kediaman lelaki itu serba merah jambu.

Sumber: TikTok 1, 2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!