Wanita Warga Asing Ditahan Bergurau Bawa Bom Dalam Beg Di LTAPP

30 Dec 2022 • 9:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Wanita berusia 33 tahun itu ditahan selepas bergurau dengan menyebut ada bom ketika pemeriksaan. - Gambar hiasan AFP

GEORGE TOWN - Tindakan seorang wanita warga asing yang bergurau kononnya membawa bom dalam begnya membawa padah apabila dia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di Bayan Lepas, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata wanita berusia 33 tahun itu ditahan pada 4.30 petang selepas dia bergurau dengan menyebut ada bom ketika pemeriksaan barang dalam begnya di kaunter daftar masuk LTAPP.

“Wanita yang bekerja sebagai operator kilang di Ipoh, Perak menyebut dengan lantang "ada bom" sehingga didengari kakitangan di kaunter itu dan orang lain yang sedang menunggu untuk mendaftar masuk penerbangan di lapangan terbang tersebut.

“Semasa kejadian wanita itu bersama dua rakannya dijadualkan menaiki penerbangan ke Medan, Indonesia pada 5.30 petang,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya wanita itu kini direman sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved