Wanita warga asing ditemui mati di kaki lima flat, dipercayai dibunuh

18 Jul 2024 • 11:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

GEORGE TOWN, 18 JULAI: Seorang wanita warga asing ditemukan mati dengan beberapa kesan tikaman di Flat Taman Indah, Batu Maung dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemui wanita berumur lingkungan 30-an itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di kaki lima tingkat tiga bangunan berkenaan kira-kira 9.50 malam.

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian leher, dada dan kaki wanita itu dipercayai akibat ditikam dengan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan telah mati oleh pasukan perubatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kamarul Rizal berkata polis kini giat mengesan seorang lelaki warga Myanmar Khin MH Myo, 34, dipercayai rakan wanita itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP A. Ganthan di talian 014-9237366 atau 04-8662222.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved