Wanita Warga China Maut Terjatuh Dari Aras Tiga Di T2 KLIA

Local
2 May 2026 • 12:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Wanita Warga China Maut Terjatuh Dari Aras Tiga Di T2 KLIA

Wanita Warga China Maut Terjatuh Dari Aras Tiga Di T2 KLIA

PUTRAJAYA, 1 Mei (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang wanita warga China maut selepas terjatuh dari Aras 3, Terminal 2 (T2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam kejadian yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi dalam kenyataan hari ini berkata kejadian berlaku pada 2.20 petang.

Beliau berkata pasukan perubatan yang tiba di lokasi telah memberikan rawatan kecemasan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada 5.09 petang di Hospital Putrajaya ketika mendapat rawatan lanjut.

Baca juga:

“Semakan mendapati wanita berusia 27 tahun itu dijadualkan menaiki penerbangan pulang ke China esok. Kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA di talian 03-8776 8222 bagi membantu siasatan.

View Original Article