Wanita warga emas cedera dirempuh MPV terbabas dalam restoran

9 May 2025 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 9 MEI: Seorang wanita warga emas cedera selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh sebuah restoran makanan segera di Sitiawan, kira-kira 76 kilometer (km) dari sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 70-an dilaporkan tersepit di bawah kenderaan berkenaan, sebelum diselamatkan orang awam yang berada di lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

“Ketua Operasi melakukan penilaian awal (size-up) sebelum mengarahkan anggota membantu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) memberi rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi terkawal sepenuhnya pada jam 9.30 malam dan tamat pada jam 9.49 malam.

Terdahulu, video insiden berkenaan tular di media sosial yang memaparkan sebuah MPV putih terbabas dan merempuh masuk ke dalam restoran terbabit.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved