Wanita warga emas ditahan jadi 'transporter' seludup baju sukan bernilai RM61,000

LocalBusiness & Finance
26 Feb 2025 • 8:12 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita warga emas ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dipercayai menjadi 'transporter' penyeludupan baju sukan tiruan pelbagai jenama di Kampung Geretak, Rantau Panjang pada Selasa. - Foto PGA

RANTAU PANJANG - Seorang wanita warga emas ditahan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa dipercayai menjadi 'transporter' penyeludupan baju sukan tiruan pelbagai jenama di Kampung Geretak di sini pada Selasa.

Perbuatan wanita terbabit dikesan kira-kira jam 2.30 petang semasa penugasan Op Taring Wawasan selepas memandu sebuah pikap jenis Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan telah menemui lebih 405 helai baju sukan pelbagai jenama bernilai RM61,000 dipercayai tiruan.

"Hasil semakan dengan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) mengesahkan barangan itu adalah tiruan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 dan suspek bersama barangan rampasan telah dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) PGA Taman Bakti untuk tindakan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved