Pak Cik ‘Kecundang’ Lagi, Baru Keluar Lokap Ditangkap Semula Kerana Dad*h

Entertainment
25 Feb 2025 • 11:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang warga emas sekali lagi ditahan atas kesalahan dadah meskipun baru sahaja dibebaskan pada hari Jumaat lalu.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 69 tahun itu ditahan pegawai penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, dalam operasi Op Perdana di kawasan port dadah di Bukit Malut, Kedah.

Warga emas yang berkopiah itu mendakwa dia baru pulang menunaikan solat Subuh di masjid berhampiran, sebelum datang ke kawasan itu untuk mendapatkan ‘bekalan’.

image is not available

“Pak cik baru keluar lokap Jumaat lalu dan tinggal masjid di sekitar pulau ini sebagai tempat persinggahan.

Hari ni (ini) pak cik mai (datang) nak amik sikit (dadah) sebab tak tahan walaupun pak cik dah niat nak banyak buat ibadah, tapi tak boleh sebab kalau tak ambil heroin, air mata akan berlinang sendiri,” katanya.

Difahamkan, warga emas itu sudah lama terbabit dalam penyalahgunaan dadah sejak 20 tahun lalu dan pernah direman di bawah pengawasan AADK, dua tahun lalu.

Datuk yang sudah mempunyai empat anak dan enam cucu itu berkata, dia kini hidup sebarang kara selepas berpisah dengan isterinya gara-gara dadah.

Sumber: Harian Metro

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.