Wanita warga emas ditahan pandu lawan arus di Lebuhraya DASH

19 May 2026 • 11:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Wanita warga emas ditahan pandu lawan arus di Lebuhraya DASH

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Polis menahan seorang wanita warga emas berusia lingkungan 80-an kerana memandu kereta melawan arus di Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata wanita itu ditahan hari ini selepas video kejadian berkenaan tular tengah hari tadi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 9.30 malam di kilometer 10.8 lebuh raya berkenaan apabila suspek dipercayai tersesat ketika dalam perjalanan pulang.

“Suspek kemudian memandu melawan arus untuk mencari susur keluar dari Lebuhraya DASH.

“Tiada kemalangan dilaporkan membabitkan kenderaan suspek dengan kenderaan lain atau objek lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shamsudin berkata kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang awam yang menyaksikan atau berada di lokasi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor S. Jayseelan di talian 018-258 2531 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved