Wanita warga emas hilang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sri Bunian

26 May 2026 • 9:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita warga emas hilang dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sri Bunian
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga emas berusia 77 tahun yang dilaporkan hilang di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Medan Sari, Pontian masih giat dijalankan anggota bomba dan agensi terlibat.

PONTIAN – Seorang wanita warga emas dilaporkan hilang ketika melalui kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Medan Sari di sini, pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Nathiah Selamat, 77, dikatakan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sri Bunian kira-kira jam 11 pagi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, PBK II KUP Mohd Khairul Anwar Ab Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6 petang.

Menurutnya, sebuah jentera FRT dan EMRS bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, maklumat awal mendapati kehilangan melibatkan seorang wanita warga emas di kawasan kebun kelapa sawit.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dijalankan dengan pencarian dibahagikan kepada dua sektor di sekitar kawasan yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR masih diteruskan.