Wanita warga India disyaki dalang, sindiket palsu cap keselamatan tumpas

LocalPolitics
29 Jun 2026 • 10:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita warga India disyaki dalang, sindiket palsu cap keselamatan tumpas
Sindiket pemalsuan cap keselamatan dan dokumen perjalanan tumpas susulan serbuan sebuah rumah transit di Klang, Sabtu lalu. Foto JIM Selangor
Image from: Wanita warga India disyaki dalang, sindiket palsu cap keselamatan tumpas
Antara rampasan barang kes melibatkan sindiket pemalsuan cap keselamatan dan dokumen perjalanan. Foto JIM Selangor

KLANG - Sindiket pemalsuan cap keselamatan dan dokumen perjalanan tumpas selepas seorang wanita warga India disyaki dalang dicekup dalam serbuan pada Sabtu lalu.

Timbalan Pengarah (Kawalan) Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, suspek wanita terbabit didapati merupakan pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang kepada seorang warga tempatan.

Menurutnya, sindiket itu dipercayai telah menjalankan kegiatan tersebut selama kira-kira tiga tahun.

"Modus operandi sindiket ialah menyasarkan warga asing dari luar negara sebagai pelanggan.

"Pelanggan akan dibawa masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ditempatkan di sebuah rumah transit di Klang selama satu hingga dua minggu.

"Sepanjang tempoh tersebut, suspek menyediakan pelbagai dokumen palsu termasuk rekod perjalanan (travel history) bagi menggambarkan pelanggan mempunyai sejarah perjalanan yang kukuh," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

**media[3565640]**

Beliau berkata, selain itu, sindiket turut menghasilkan rekod pekerjaan palsu di Malaysia dengan menyediakan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang palsu.

Katanya, dalam operasi Op Serkap ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor telah menahan seramai 12 warganegara asing, antaranya dari India, Bangladesh dan Sri Lanka.

"Kesemua tangkapan berusia 25 hingga 40 tahun telah ditempatkan di depot imigresen bagi tujuan siasatan lanjut," ujarnya.

Tegasnya, JIM Selangor sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti rangkaian sindiket termasuk kemungkinan penglibatan individu lain di dalam dan luar negara.

"JIM memberi amaran tegas bahawa sebarang aktiviti pemalsuan dokumen, penyalahgunaan kemudahan imigresen serta cubaan mendapatkan visa menggunakan dokumen palsu merupakan kesalahan serius di bawah undang-undang negara.

"Tindakan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan negara serta memelihara integriti sistem imigresen Malaysia," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved