Warga asing didakwa rogol rakan sekerja

27 May 2025 • 3:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol rakan sekerjanya dalam semak dan di rumah ladang di Lok Bangak, Bagahak.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Supt Jimmy Panyau berkata, seorang wanita berusia 35 tahun membuat laporan polis mendakwa dirogol rakan sekerjanya pada 24 Mei lalu.

“Bertindak atas laporan yang dibuat mangsa, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah menjalankan siasatan dan operasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pasukan menahan suspek kira-kira jam 10 malam Ahad dan membawanya ke balai untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Jimmy, polis akan mengemukakan permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Lahad Datu pada Isnin (26 Mei).

Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Jimmy menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan melaporkan sebarang kejadian jenayah kepada polis bagi memastikan keselamatan masyarakat terjamin.