Lelaki maut dibaham buaya

27 May 2025 • 3:30 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dibaham buaya ketika sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di Ladang Linddale, Kinabatangan awal pagi Isnin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, PPgB Hairi Utoh, pihak Bilik Kawalan BBP Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 pagi yang memaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Mangsa dikenali sebagai Jufri Untung, dipercayai diserang buaya ketika berada berhampiran kawasan sungai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakkan serta-merta menggunakan kaedah ‘Surface Searching’ di sekitar tebing sungai bagi mengesan mangsa.

“Mayat mangsa kemudiannya berjaya ditemui pada jam 1.40 petang Isnin di kedudukan 30 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 3 petang.