Warga asing dipercayai Rohingya ‘kuasai’ taman awam, penduduk luah kecewa

27 Aug 2026 • 11:32 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Awie MBR merakam keadaan taman awam di Taman Wilayah Selayang yang didakwa sering digunakan warga asing.

Sekumpulan warga asing yang dipercayai daripada komuniti Rohingya dilihat segera beredar dari sebuah taman awam di Taman Wilayah, Selayang, selepas menyedari kehadiran pempengaruh dikenali sebagai Awie MBR atau Abang Koroy.

Menerusi hantaran video di media sosial, Awie MBR menunjukkan keadaan di kawasan taman permainan dan gelanggang badminton berkenaan yang didakwa sering digunakan oleh warga asing.

Dalam video itu, beberapa individu dilihat meninggalkan kawasan tersebut sebaik menyedari kehadiran Awie MBR, termasuk kanak-kanak, lelaki, wanita daripada pelbagai peringkat usia.

Keadaan berkenaan turut menarik perhatian penduduk setempat yang mendakwa kemudahan awam di kawasan itu semakin sukar digunakan oleh komuniti tempatan.

Menurut seorang penduduk, mereka sebelum ini boleh menggunakan gelanggang serbaguna di kawasan berkenaan untuk bermain sepak takraw, namun aktiviti tersebut kini didakwa tidak lagi dapat dilakukan seperti dahulu.

Penduduk turut menunjukkan tiang kayu dan diikat dengan jaring di kawasan gelanggang tersebut.

Baca juga:

Seorang penduduk meluahkan kekecewaan terhadap keadaan itu dan berpendapat tindakan pencegahan perlu diambil bagi mengelakkan kemudahan awam dikuasai atau digunakan secara berlebihan oleh pihak tertentu.

“Kecewa sebab kita terlalu bagi muka. Setakat kasihan sikit boleh, tapi jangan lebih-lebih. Patut cegah benda macam ini supaya tidak ditindas,” katanya.

Dalam hantaran sama, Awie MBR menyifatkan isu tersebut sebagai lebih daripada sekadar kehadiran pelarian, malah mendakwa ia sudah menjurus kepada pencerobohan dan penguasaan kawasan taman awam.

Beliau turut mendakwa terdapat produk dari negara asal warga asing berkenaan yang dibawa masuk ke kawasan tersebut, selain membangkitkan isu kebersihan apabila persekitaran taman didakwa berada dalam keadaan kotor.

“Ini bukan lagi sekadar pelarian tapi ini adalah pencerobohan dan penjajahan di Taman Wilayah Selayang!Belum cerita lari dorang bawa masuk produk negara diorang seludup masuk negara kita,” katanya.

The post Warga asing dipercayai Rohingya ‘kuasai’ taman awam, penduduk luah kecewa appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved