‘Sedih tengok klinik kesihatan didominasi etnik Rohingya

LocalHealth & Fitness
24 Aug 2026 • 8:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Sedih tengok klinik kesihatan didominasi etnik Rohingya

PETALING JAYA – Orang ramai mula meluahkan rasa sedih apabila fasiliti kesihatan terutamanya klinik kesihatan milik kerajaan didominasi oleh warga asing khususnya etnik Rohingya. 

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Kakjun_78 mendakwa, kehadiran mereka di fasiliti kesihatan sudah tidak terkawal. 

Jelasnya hampir setiap hari kelibat etnik Rohingya mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. 

“Penuh betul warga Rohingya kat klinik kesihatan hari tu sampai jadi kecoh. Dorang ni memang beranak tak henti-henti ke macam mana. 

“Sedih tengok fasiliti kerajaan kita makin lama makin didominasi oleh dorang (etnik Rohingya). Tak mustahil satu hari nanti jumlah dorang boleh mengatasi rakyat tempatan kalau dibiarkan tanpa kawalan,” luah individu itu. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyeru kerajaan supaya mengambil tindakan tegas bagi mengatasi perkara itu. 

“Patut dorang ni pergi klinik swasta . Biar dorang yang kena buat medical card (kad perubatan), Ni hospital kerajaan penuh dengan dorang je pastu dah warganegara Malaysia yang kena buat medical card sebab tak nak menunggu lama kt hospital kerajaan,” tulis Sitiqina. 

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Missnonios. 

“Sepatutnya kerajaan kena bagi syarat dorang ni cuma boleh pergi hospital atau klinik swasta je. Baru dorang tak beranak ramai, sebab mahal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Sedih tengok klinik kesihatan didominasi etnik Rohingya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved