Warga Asing Mengaku Buat Solat Zohor 12 Rakaat, Ini Penerangan Bilangan Solat Mazhab Lain

Entertainment
27 Jan 2024 • 1:45 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Islam mewajibkan penganutnya untuk menunaikan solat fardhu sebagai salah satu rukunnya. Terbahagi kepada 5 waktu, bilangan rakaat keseluruhan adalah 17 rakaat.

Namun, lain pula untuk sebahagian penganut agama Islam yang bermazhab Hambali. Bilangan solat yang dilakukan merekan ternyata jauh berbeza dengan yang dilakukan oleh mazhab-mazhab lain. Ini semua selepas tular satu video warga asing yang mengatakan bilangan solat yang dilakukannya. Untuk tidak mengelirukan umum, seorang pendakwah di TikTok tampil membuat penjelasan berkenaan hal ini. Korang boleh tengok video penjelasan @akhiameer di bawah.

 

Pegangan Mazhab Hambali

Di dalam video di atas, penjelasan itu berkait dengan gabungan rakaat dalam solat sunat dan solat fardhu. Sebab itulah bilangannya berlainan dan banyak. Kita di Malaysia berpegang kepada Mazhab Shafie, berlainan dengan Mazhab Hambali yang banyak dipraktikkan di negara Asia Selatan seperti India, Pakistan, Bangladesh dan berdekatan dengannya.

image is not availableAllahu banyak betul rakaat dalam sehari. Kalau dikira ni ada dalam 42 rakaat juga sehari. Hebat betul amalannya.

image is not availableMin pun mula-mula keliru. Tapi dan teringat Mazhab Hambali, baru sedar memang kiraanya lain. Tapi tetap 5 waktu dan bilangan rakaat yang wajibnya sama. Cuma dikira sekali dengan solat sunat.

image is not availableItu lah kan. Hebat sungguh amalan orang lain. Memang bukan tempat kira untuk bandingkan amalan orang lain. Siapalah kita di dunia ini melainkan hanya hamba-Nya.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article