Warga Asing Mengamuk Di Tengah Jalan, Tikam Orang Awam

14 Aug 2025 • 9:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

Satu klip video tular di internet yang menunjukkan Wanita secara tiba-tiba mengamuk di tengah-tengah jalan di Kajang, Selangor semalam.

image is not available

Menerusi klip video itu, wanita berambut panjang yang memakai baju berwarna putih itu mengejar orang awam di atas jalan raya.

Malah, seorang penunggang motosikal yang sedang melalui kawasan tersebut turut ditikam oleh wanita tersebut yang menyerang secara rawak.

Di dalam video berbeza, wanita tersebut turut dipercayai menyerang orang awam di dalam kedai pencuci mulut.

Ada beberapa pengguna media sosial mendakwa wanita yang dipercayai bukan warga tempatan itu telah menikam dua orang di dalam kedai tersebut.

image is not available

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya sudah menahan wanita warga asing yang disyaki memandu secara berbahaya sehingga melanggar tiga penunggang motosikal sebelum menyerang orang awam dengan pisau.

"Hasil bantuan daripada orang awam, wanita bukan warganegara itu berjaya ditahan bersama dua bilah pisau sebelum dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Terdapat enam mangsa warga tempatan berusia antara 21 hingga 60 tahun mengalami kecederaan akibat serangan itu yang mana dua mangsa ditahan wad bagi pemeriksaan lanjut, manakala empat lain dirawat sebagai pesakit luar," katanya dalam kenyataan.