
Kota Kinabalu: Seorang lelaki warga Filipina berusia 20 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan selepas didapati memiliki sebilah parang di tempat awam tanpa sebarang permit.
Khalid mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, atas pertuduhan dihadapinya pada Jumaat.
Khalid didapati memiliki senjata terbabit pada jam 11.30 malam, 12 Mei tahun ini di tepi jalan Lorong Taman Bukit Setia 1, Sepanggar, di sini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Senjata Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1985 itu memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Khalid menjalani hukuman penjaranya bermula dari tarikh dia ditangkap dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas tamat menjalani hukuman.
Semasa rayuan, Khalid yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai isteri dan dua anak untuk ditanggung.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim memohon mahkamah mengenakan hukuman berat memandangkan kesalahan itu serius dan kerap berlaku.
Katanya, tindakan Khalid membawa senjata berbahaya di tempat awam boleh mengancam keselamatan orang ramai kerana senjata itu boleh mengakibatkan kematian.
Nurul turut memaklumkan bahawa Khalid sebelum ini dijatuhi hukuman penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.
Mahkamah diberitahu ketika anggota polis sedang membuat rondaan untuk mencegah jenayah, mereka ternanpak seorang lelaki berkelakuan mencurigakan sambil memegang sesuatu di lokasi berkenaan.
Polis kemudian menahan lelaki terbabit yang dikenalpasti sebagai Khalid dan objek yang dipegangnya adalah sebilah parang.
Khalid tidak mempunyai sebarang permit untuk membawa senjata itu di tempat awam. Dia juga gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pihak polis.


