Warga Asing Semakin Berani, Cuba Culik Kanak-Kanak Perempuan Di NSK

26 Mar 2024 • 12:21 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

2 lelaki warga asing bertindak berani dengan cubaan untuk melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 7 bulan di NSK Klang Sentral.

Kejadian berlaku lebih kurang pada pukul 7.30 petang. Ketika itu, seorang kanak-kanak perempuan yang dipimpin oleh ibunya sedang menaiki eskalator.

Ketika berada di eskalator itulah dua orang lelaki warga asing yang tidak dikenali menghampiri mereka dari arah belakang lalu cuba mengangkat kanak-kanak tersebut. Terkejut dengan apa yang berlaku, si ibu terus menjerit dan menarik semula tangan anak.

Gagal untuk melarikan kanak-kanak tersebut, suspek terus cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh orang awam. Tidak lama selepas itu polis pun tiba di tempat kejadian.

Kes disiasat dibawah seksyen 363 kanun keseksaan dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dihukum penjara selamat tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved