Warga Asing Tanpa Identiti Ditemui Maut Dengan 10 Tikaman

14 Jun 2023 • 7:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang warga asing tanpa identiti ditemui maut dengan 10 kesan tikaman dalam kejadian di Central Island Park, Simpang Ampang di Batu Kawan, Pulau Pinang semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin berkata, lelaki warganegara Bangladesh itu ditemui dalam keadaan berdarah dengan tikaman di seluruh badan.

“Mangsa yang ditemukan tanpa pengenalan diri itu disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

“(Terdahulu), pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mangsa yang tidak sedarkan diri pada jam 9.20 pagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, mangsa ditemukan berpakaian lengkap kemeja-T berwarna merah dan seluar denim.

“Pemeriksaan membabitkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah bersama pasukan Unit Forensik, Unit Anjing Pengesan (K9) dan Bahagian Siasatan Khas (D9),” katanya.

Kok Chin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori dan gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan di talian, 04-585 8222 atau ke balai polis berhampiran,” katanya. – Getaran, 14 Jun 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved