Warga berjiwa UPSI jadi nadi kejayaan universiti

4 Dec 2025 • 7:00 PM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: Warga berjiwa UPSI jadi nadi kejayaan universiti
Md Amin (duduk enam dari kiri) bergambar bersama barisan pengurusan tertinggi universiti dan kakitangannya pada Perhimpunan Bulanan UPSI edisi Disember di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Photo credit: Hasniza UPSI

Warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang sarat dengan semangat dan jiwa UPSI menjadi pemangkin utama kejayaan universiti dalam pelbagai bidang seni, budaya dan kreativiti sepanjang tahun 2025.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, setiap kejayaan pelajar dan pensyarah adalah bukti kekuatan jiwa, identiti serta komitmen warga universiti yang sentiasa mengekalkan roh pendidikan dan budaya yang menjadi asas penubuhan UPSI.

“Kemenjadian pelajar-pelajar kita telah mula bersinar di persada negara dan antarabangsa sejak kebelakangan ini. Ini membuktikan bahawa UPSI tidak terpesong daripada landasan seni dan budaya negara.

“Ini bukan kejayaan individu semata-mata, tetapi kejayaan seluruh warga UPSI yang kita cintai. Jiwa UPSI dalam diri warganya adalah tulang belakang kekuatan universiti.

Image from: Warga berjiwa UPSI jadi nadi kejayaan universiti
Md Amin ketika berucap menyempurnakan program Perhimpunan Bulanan UPSI edisi Disember di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Photo credit: Hasniza UPSI

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan UPSI edisi Disember bertemakan Ekspresi Seni Budaya di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, baru-baru ini.

Md Amin turut berbangga dengan penglibatan kumpulan DeVokalis UPSI dalam Konsert Wings 40 Tahun di Idea Live Arena, Damansara, yang dianggap sebagai pengiktirafan terhadap kemampuan pelajar UPSI tampil di pentas profesional.

Pelajar-pelajar UPSI terus mempamerkan kecemerlangan apabila muncul Juara Keseluruhan Malam Bumi Kenyalang di Universiti Sains Malaysia, serta meraih Best Folk Dance Performance Award di 34th International Korean Dance Festival di Korea Selatan.

Di Eropah pula, pelajar UPSI Nur Airisha Sofiya Ahmad Zahari meraih tempat pertama kategori Trio Ethnic Creative dalam pertandingan gamelan di Prague dan Budapest.

Dalam bidang muzik, kejayaan UPSI dilonjakkan dengan kemenangan dalam Pertandingan Dikir Barat Kelantan di ASWARA, meraih Anugerah Emas dalam Malaysian International Wind Festival, serta kejayaan pelajar E.D. Shazry Aman muncul juara Raise The Star Malaysia di TV3. UPSI turut mengekalkan dominasi dalam Malaysia International Keroncong Festival.

Dalam arena teater, pelajar UPSI diumumkan Pelakon Lelaki Terbaik dan Juara Keseluruhan Manifestasi Teater Negeri Perak 2024, selain menjuarai Lomba Teater di Universitas Indonesia sempena Festival SEGARA ASEAN 2025.

Md Amin berkata, kejayaan pensyarah UPSI juga tidak kurang hebatnya apabila seorang guru vokal universiti dipilih sebagai penulis lirik dan komposer lagu baharu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk Gema Bumantara, sekali gus mengangkat nama UPSI ke pentas muzik arus perdana.

Image from: Warga berjiwa UPSI jadi nadi kejayaan universiti
Kemunculan Aznan Alias (dua dari kanan) pada segmen bicara Promosi Konsert Gendang Pati@UPSI pada Perhimpunan Bulanan UPSI edisi Disember di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Photo credit: Hasniza UPSI

Perhimpunan itu turut menampilkan segmen bicara promosi Konsert Gendang Pati@UPSI yang dijadual berlangsung pada 17 Januari 2026. Segmen tersebut menampilkan Aznan Alias, Pengarah Muzik konsert berkenaan yang juga anggota Kumpulan Gong Datuk (Dr) M. Nasir, bagi memberi pendedahan awal mengenai konsep persembahan yang mengetengahkan warisan gendang Melayu.

“Semua kejayaan itu membuktikan bahawa Jiwa UPSI yang tertanam dalam diri pelajar, pensyarah dan seluruh warga universiti merupakan nadi yang menggerakkan UPSI untuk terus unggul dalam seni, budaya dan pendidikan,” ujar beliau.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.