
PENAMPANG: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kes langgar lari yang menyebabkan seorang warga China maut berhampiran lampu isyarat JKR Putatan pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata, mangsa berusia 50-an itu sedang melintas jalan seorang diri dari sebuah hotel menuju ke kawasan Pasar Raya Servay, apabila dia dilanggar sebuah motosikal pada jam 1.30 pagi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Satu pasukan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam, sebelum mendapati mangsa sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth oleh paramedik.
“Penunggang motosikal itu tidak ditemui,” katanya, Jumaat.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Supt Sammy berkata mangsa kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sesiapa yang melihat kemalangan itu atau mempunyai maklumat yang boleh membantu mengenal pasti penunggang motosikal tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Saparia Ladoni di talian 019-8095133.



