Warga emas antara lima direman kes rasuah kontrak bersih kapal tangki minyak RM15.3 juta

6 Aug 2024 • 3:32 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Lima individu direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM15.3 juta, tiga tahun lalu.

Individu ditahan itu terdiri daripada seorang pengurus syarikat minyak dan gas serta masing-masing dua bekas kakitangan syarikat berkenaan dan dua kontraktor.

Menurut sumber, semua individu lelaki berusia antara 30 hingga 63 tahun itu, ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira jam 8 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

“Perintah reman lima hari bermula hari ini hingga Sabtu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin terhadap pengurus dan dua bekas kakitangan syarikat.

“Ia dikeluarkan selepas SPRM membuat permohonan terbabit di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini,” katanya.

Sementara itu, majistret sama membenarkan reman tiga hari hingga Khamis ini ke atas kedua-dua kontraktor terbabit.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, semua individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. - 6 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved