Warga emas cedera kepala terjatuh semasa mendaki Bukit Berapit

LocalHealth & Fitness
1 Oct 2025 • 3:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki warga emas berusia 76 tahun dilaporkan terjatuh semasa mendaki di Bukit Berapit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian menimpa Wong Wooi San pada 9.08 pagi.

Mangsa ditemukan dalam keadaan sedar pada 9.29 pagi, namun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun.

Beliau berkata operasi melibatkan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam ditamatkan pada 9.43 pagi selepas mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan. – Bernama