TANGGA PELANGI, BUKIT BERAPIT, BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG (PERMATA TERSEMBUNYI)
Tempat menarik yang ingin dikongsikan kali ini ialah Berapit Rainbow Staircase. Pengalaman yang amat menarik perhatian saya sebagai pendaki amatur, bukit ini amat bersesuaian untuk dijadikan sebagai tempat riadah mingguan bagi mereka yang menggemari aktiviti luar. Trek batu yang disediakan juga selamat dinaiki oleh kanak-kanak usia 7 tahun ke atas. Terdapat dusun durian yang agak luas di kawasan berbukit ini.
Dalam 20 minit atau 30 minit pendakian anda akan menjumpai satu kedai menjual buah durian yang sudah dikopek dan siap diletakkan di dalam bekas. Buah ini kelihatan amat segar kerana dusun durian meriah di kiri kanan bukit. Kedai terletak di sebelah kiri sebelum anak tangga Pelangi. Trek turun puncak adalah melalui laluan lain jadi anda tidak perlu berpatah balik semata-mata untuk membeli durian.
Selepas berjaya mendaki 328 anak tangga anda telah berjaya menawan bukit berapit. Nikmatilah keindahan alam sekitar dan hiruplah udara segar dari pelantar tinjau. Terdapat beberapa buah meja dan anda boleh melepaskan lelah seketika. Hanya terdapat sebuah gerai menjual air minuman di pelantar itu. Anda juga boleh mengambil swafoto dengan beberapa replika haiwan yang dibina dari simenfero sebagai seni taman di kawasan puncak tangga pelangi.
Jangan terkejut sekiranya buah durian boleh dicapai dengan tangan sahaja ini adalah kerana paras ketinggian pokok durian mencapai lereng bukit. Pengalaman yang amat menakjubkan dan mengujakan. Sesekali lakukan aktiviti sihat bersama keluarga tersayang dengan mengeluarkan peluh. Interaksi semulajadi dengan kehijauan alam dapat membantu kesejahteraan mental.
Bukit Berapit boleh menjadi salah satu tempat yang menarik sebagai destinasi pelancongan kerana keindahan dan keunikan yang tersendiri. Mungkin ada akses sebagai laluan lain yang boleh dibuka dengan kemudahan “buggy car” di mana lebih ramai lagi mengetahui kewujudan “hidden gem” di daerah Seberang Perai ini. Sungguhpun begitu apa sahaja tujuan komersial tidak perlulah sehingga menjejaskan ekosistem mahupun kehidupan sosial masyarakat setempat.
“Jadi, tunggu apa lagi?. Jadikan pendakian di Bukit Berapit sebagai explorasi sihat anda bersama ahli keluarga. Di sebalik setiap langkah, ada keindahan alam Pulau Pinang yang menanti untuk dijelajahi. Selamat datang ke 'permata tersembunyi' kami!”
Aida_Sa'at (eyedasakthee@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
