Warga Emas Dibunuh Anak Sendiri, Ramalan Lima Tahun Lalu Jadi Kenyataan

7 Aug 2025 • 11:06 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

“Kata-kata arwah lima tahun lalu jadi kenyataan”

Itulah luahan sebak seorang isteri selepas suaminya maut dipukul anak sulung mereka dalam kejadian di rumah mereka awal pagi tadi.

image is not available

Foto: Kosmo!

Menurut laporan Kosmo!, mangsa, Othman Jusoh, 74, meninggal dunia di tempat kejadian selepas diserang anak lelakinya berusia 39 tahun menggunakan kayu daripada cebisan kerusi.

Isterinya, Rohana Che Daud, 64, berkata suaminya pernah menyuarakan kebimbangan kepada pihak polis lima tahun lalu bahawa anak mereka berpotensi melakukan sesuatu yang tidak diingini.

“Arwah pernah beritahu dia takut anak buat perkara yang boleh membahayakan kami. Masa itu dia baru dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan dadah,” katanya.

image is not available

Foto: Sinar

Rohana berkata, anak sulung mereka dibebaskan ada Jun lalu dan sejak itu sering berhalusinasi serta bercakap seorng diri.

Kejadian tragis itu berlaku sejurus dia pulang dari masjid selepas menunaikan solat Subuh.

“Sebaik sampai di rumah, saya terkejut nampak suami dipukul. Saya merayu supaya dia berhenti, tapi dia tidak peduli. Dia berhenti sekejap, kemudian teruskan semula.

“Saya takut keselamatan diri terancam, jadi saya lari keluar minta bantuan jiran,” ujarnya.

image is not available

Foto: BH

Rohana berkata, dia tidak sanggup masuk melihat keadaan suaminya sehingga dimaklumkan jiran bahawa arwah sudah meninggal dunia.

Jenazah Othman akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Gris selepas selesai proses bedah siasat.

Sumber: Kosmo! (Rohana Mohd. Nawi)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved