Warga Emas Ditahan Disyaki Ikat, Heret Anjing Dengan Kereta Hingga Mati

30 May 2023 • 11:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warga Emas Ditahan Disyaki Ikat, Heret Anjing Dengan Kereta Hingga Mati

PORT DICKSON, 30 Mei (Bernama) — Seorang lelaki warga emas disyaki menyebabkan kematian seekor anjing di Kampung Sri Parit, Lukut pada Sabtu ditahan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata polis menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 44 tahun yang melihat seekor anjing telah diperlakukan dengan kejam sehingga cedera dan berdarah.

“Pengadu telah melihat anjing tersebut diikat dan diheret dengan menggunakan kereta. Akibat kejadian itu, anjing tersebut telah mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya tangkapan dilakukan terhadap pemilik anjing berusia 61 tahun itu kira-kira 10.05 malam semalam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson dan direman sehari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA