Warga Emas Ditemui M*ti Terbaring Di Atas Kerusi Ruang Tamu Rumah

20 Dec 2025 • 9:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Bau tidak menyenangkan dari sebuah rumah di Taman Seri Inderapura membawa kepada penemuan mayat seorang warga emas di kediamannya pada Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar jam 8.47 malam selepas seorang jiran membuat laporan.

Hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 78 tahun tersebut ditemui tidak bernyawa di ruang tamu rumah dalam keadaan mayat sudah menunjukkan tanda pereputan, dipercayai meninggal dunia beberapa hari sebelum penemuan.

image is not available

Menurut beliau, rumah berkenaan berada dalam keadaan berkunci dan terpaksa dipecahkan bagi membolehkan pasukan polis menjalankan pemeriksaan serta mengeluarkan mayat untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah, pergelutan atau barangan mencurigakan, manakala beberapa ubat-ubatan milik mangsa berkaitan penyakit kronik turut ditemui.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara usaha mengesan waris masih diteruskan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.