Warga emas lindungi PTI didenda RM10,000

6 Jul 2024 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang pemilik rumah berusia 66 tahun didenda RM10,000, jika ingkar, penjara 60 hari kerana melindungi seorang individu tanpa dokumen di sebuah rumah sewa.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Nuldin Sulaiman selepas dia mengaku bersalah kepada tuduhan terhadapnya.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah sewa di Keningau pada 24 Oktober 2023.

Kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63 itu, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 56 (1) (bb) Akta yang sama, membawa hukuman denda sehingga RM50,000 bagi setiap pendatang tanpa izin (PTI), jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Mahkamah mendengar bahawa seorang pendatang tanpa izin berusia 26 tahun yang dilindungi oleh Nuldin, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah untuk berada di Sabah.

Nuldin dibenarkan membayar denda dengan dua ansuran dan bayaran kedua dibuat pada atau sebelum 6 Ogos.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.