Warga emas maut

3 Aug 2024 • 2:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

KINABATANGAN: Seorang lelaki berumur 62 tahun terbunuh dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Segaliud, di sini, pada petang Khamis, dengan dua lagi lelaki terbabit selamat.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Jumali Buhari memandu sebuah Perodua Kancil sementara dua lelaki berumur 24 dan 19 tahun menaiki kereta Toyota Hilux.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan berhubung kejadian melalui talian MERS999 kira-kira jam 3.48 petang dan mengerahkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan ke lokasi, sejauh 42km dari balai itu.

Lima anggota dari BBP Beluran juga digegaskan ke lokasi selepas menangani kebakaran mesin di Kilang Segamaha Paris 2, Jalan Kinabatangan-Lahad Datu.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Simati tersepit di dalam keretanya dan dikeluarkan oleh pihak bomba. Dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 5.31 petang.

Sementara itu, di SANDAKAN, seorang lelaki berumur 20an cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Jalan Batu 28, pada Jumaat.

Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan menyatakan ia menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 6.21 petang menerusi talian MERS999, dan segera menghantar lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan ke lokasi, sejauh 43km dari balai itu.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kedua-dua kenderaan itu terbabas sendiri ke bahu jalan akibat permukaan jalan licin.

Mangsa iaitu pemandu lori itu tersepit bahagian kaki, manakala pemandu 4WD itu tidak cedera.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dan diberikan rawatan awal sebelum operasi tamat pada jam 5.40 petang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.