Dua maut, seorang cedera letupan kapal di Bintulu

3 Aug 2024 • 5:18 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SIBU, 3 OGOS: Dua pekerja maut dan seorang cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah kapal berhampiran pelantar minyak di Bintulu, Sarawak awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Muhamad Firdaus dan George manakala Ahmad Zahid yang cedera dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Menurut jurucakap itu, tiga anggota Khidmat Perubatan Menyelamat Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke jeti Pelabuhan Bintulu untuk membantu petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari Hospital Bintulu mengurus ketiga-tiga mangsa berkenaan.

“Pasukan EMRS telah menerima arahan standby (bersiap sedia) di lokasi sekiranya diperlukan untuk menghantar mangsa ke hospital.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh KKM di lokasi manakala mangsa ketiga dibawa ke Hospital Bintulu menggunakan ambulans KKM,” katanya.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved