Warga emas maut dalam kebakaran rumah

19 Sep 2026 • 6:53 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Warga emas maut dalam kebakaran rumah
Seorang lelaki warga emas maut dalam sebuah kebakaran rumah teres setingkat di Taman Indah, awal pagi Sabtu. Gambar hiasan

TAMPIN - Seorang lelaki warga emas maut dalam sebuah kebakaran rumah teres setingkat di Taman Indah di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa berusia 63 tahun ditemukan di bilik ruangan belakang, dipercayai gagal menyelamatkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

"Rumah berkenaan dihuni tiga beranak, bagaimanapun isteri dan anaknya masing-masing berusia 56, dan 27, dapat menyelamatkan diri daripada kebakaran yang menyebabkan 30 peratus bahagian belakang rumah terbakar,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada lintas pintas dan tiada unsur jenayah dikesan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian dan siasatan lanjut masih dijalankan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved