Warga emas maut dihempap jentolak

27 Jul 2023 • 6:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit pada jengkaut di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Rosob, Pitas.

PITAS - Seorang lelaki warga emas maut akibat dihempap jentolak ketika melakukan kerja pembersihan ladang kelapa sawit di Kampung Rosob di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, mangsa Kok Vui Siong, 64, maut akibat tersepit oleh jentera berat terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Pitas berhubung kejadian itu pada jam 2.41 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 40 kilometer dari BBP Kota Marudu.

"Menurut laporan sebuah jentera berat jatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter semasa menjalankan kerja pembersihan ladang.

"Terdapat seorang mangsa tersepit di dalam jentolak berkenaan dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan bantuan jengkaut namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.24 petang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved