
LAHAD DATU: Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun maut selepas kereta jenis Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di KM58, Jalan Lahad Datu-Tungku, di sini, pada Khamis.
Difahamkan, 4WD tersebut dalam perjalanan dari Tungku menuju ke Lahad Datu manakala Proton Saga itu sedang keluar dari simpang sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi.
Ketua Polis Daerah, ACP Dzulbaharin Ismail dalam kenyataan pada Jumaat berkata, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila 4WD terbabit tidak sempat mengelak Proton Saga yang keluar dari simpang.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“4WD itu melanggar bahagian kanan Proton Saga menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas ke bahu jalan.
“Pemandu Proton Saga dibawa orang awam ke klinik berhampiran untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di Klinik Kesihatan Tungku,” katanya, menambah pemandu dan penumpang 4WD itu tidak cedera.
Beliau berkata, kedua-dua pemandu tidak disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol, bagaimanapun sampel darah diambil untuk ujian lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang awam yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Humaidi Harun pada talian 089-881255 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

